Ahad, 11 Ogos 2019

2.KENDALIAN PENCETAK

MENERANGKAN KENDALIAN PENCETAK




DOT MATRIX
  • Dari kategori Impact Printer (teknologi hentaman).
  • Mempunyai jejarum halus sebagai kepala cetak.
  • Menggunakan riben sebagai dakwat.
  • Jejarum akan menghentam reben mengikut susunan tertentu bagi menghasilkan imej atau teks di atas kertas.
  • Semasa proses hentaman (cetakan), riben yang telah digunakan akan digulung bagi memastikan cetakan akan sentiasa menggunakan riben yang masih baru.* untuk jimat, reben yang telah habis masih boleh digunakan denganmenggulung kembali reben ke tempat asal (awas, kualiti telah berkurang).
  • Pencetak jenis ini akan menghasilkan sesuatu hasil cetakan berdasarkan kombinasi titik-titik halus. 
  • Terdapat dua jenis pencetak matrik bintik yang popular iaitu sama ada pencetak 9 pin atau pencetak 24 pin.
  • Pencetak 9 oin menghasilkan kualiti cetakan dalam bentuk draf (kurang jelas) manakala pencetak 24 pin pula mampu menghasilkan cetakan yang lebih bermutu tinggi.
  • Dalam erti kata lain kualiti cetakan adalah bergantung kepada jumlah pin pada kepala pencetak (print head) yang digunakan.

KELEBIHAN
  • Kos dakwat riben murah.
  • Tahan lasak.
  • Mudah dibaiki. 
KELEMAHAN
  • Bunyi terlalu bising.
  • Cetakan perlahan.
  • Mempunyai kualiti cetakan yang paling rendah berbanding pencetak jenis lain.


2) INK JET
  • Ia menggunakan konsep semburan dakwat berkelajuan tinggi.
  • Dakwat disembur (pancut) dalam corak tertentu di atas kertas bagimenghasilkan imej atau teks.
  • Pencetak jenis ini boleh mencetak sama ada dalam keadaan hitam putih atau berwarna.
  • Terdapat 2 jenis kepala pencetak iaitu, jenis diikat bersama-sama katrij dakwat & jenis dilekat dengan kepala pencetak dengan katrij berasingan.
 Terdapat  2 teknologi semburan:
i. Gelumbung Udara
  • Apabila pencetak menerima signal, plat pemanas pada kepala cetak akan dipasang.
  • Pemanas ini akan menghasilkan gelombang udara.
  • Gelombang udara ini akan menyebabkan dakwat terpancut keluar dari kepada pencetak dengan kelajuan tinggi.
ii. Getaran/Pengembangan:
  • Caj elektrik dibekalkan kepada batu kuarza.
  • Batu kuarza akan mengembang.
  • Pengembangan akan menolak dakwat keluar.
KELEBIHAN
  • Cetakan pantas.
  • Bunyi perlahan.
  • Hasil cetakan agak baik.
  • Menyokong cetakan teks simbol dan imej berwarna.
  • Harga berpatutan.
  • Harga katrij berpatutan.
KEKURANGAN
  • Cetakan biasa tidak kalis air.
  • Kepala cetak mudah rosak (tersumbat).


3) LASER PRINTER
  • Menggunakan teknologi laser atau LED (light emitting diod).
  • Apabila menerima signal (data), sinaran laser akan dipancarkan ke atas drum/roda sensitif cahaya mengikut bentuk tertentu.
  • Kawasan yang menerima pancaran bercas negatif.
  • Cas-cas ini akan menarik serbuk dakwat (digelar toner*) dari bekas serbuk dakwat.
  • Dakwat berpindah ke ataskertas akibat tarikan cas kertas. 
  • Kertas ini akan digelek di antararod-rod besi yang panas (fuser).
  • Setelah digelek, toner melekat atas kertas.   
KELEBIHAN
  • Cetakan paling pantas.
  • Bunyi paling perlahan.
  • Dakwat kalis air.
KEKURANGAN
  • Harga toner sangat mahal.
  • Kebanyakannya tidak sokong cetakan teks jenis simbol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan