Ahad, 11 Ogos 2019

3.SIMPTOM KEROSAKAN PENCETAK 

MENERANGKAN CIRI-CIRI SIMPTOM KEROSAKAN PENCETAK

KEPALA CETAK (HEAR)
1.Dakwat habis atau kepala cetak kering (dakwat nozzle kerin):
  • Kertas keluar tanpa hasil cetakan.
  • Dakwat cetakan terputus-putus/tidak jelas.
  • Cetakan warna memberikan warna berlainan.
2.Kedudukan penganjak kepala cetak tidak diselaraskan:
  • Cetakan herot-berot (tidak rata)
3. ‘Fuser’ (roda pemanas pencetak laser) tidak berfungsi:
  • Dakwat tidak melekat pada kertas.
Cara mengatasi:
  • Jika dakwat kering, gantikan dengan katrij dakwat baru atau isi semula dakwat.
  • Jika dakwat masih ada tetapi cetakan bermasalah; bersihkan kepala cetak (lubang nozzle) dengan kain lembap (suam). Jika tidak selesai,gantikan kepala cetak baru.
  • Bagi cetakan herot-berot, gunakan utiliti pencetak (perisian yang disediakan bersama-sama pencetak) untuk membetulkan kedudukan kepala cetak (alignment).
  • Bagi masalah ‘fuser’; semak bekalan kuasanya. Gantikan dengan baru jika perlu.
PENYUAP KERTAS (FEEDER)
  • Kertas tersangkut semasa ‘print’ .
Cara mengatasi:
  • Semak sama ada motor penyuap berfungsi atau tidak.
  • Semak gear-gear penyuap dan minyakkan (guna gris)i.
  • Semak laluan kertas dan buang bendasing ( pin baju, pin kertas, daun kering, kertas gula-gula, atau sampah lain) yang mungkin tersangkut pada laluan kertas.
BEKALAN KUASA
  • Tiada kuasa (lampu pencetak tidak menyala)







Cara mengatasi:
  • Semak sambungan bekalan kuasa.Uji voltan masuk dan voltan keluar. Jika ada voltan masuk tetapi tiada voltan keluar, bekalan kuasa telah rosak.
  • Ganti bekalan kuasa baru (atau baiki).
LITAR KAWALAN
  • Ada kuasa tetapi hasil cetakan tidak keluar.
  • Melibatkan beberapa komponen yang sudah rosak.
Cara mengatasi:
  • Ganti komponen yang mungkin terbakar.
PALAM ANTARAMUKA (COBECTOR)
  • Komputer gagal mengesan kehadiran pencetak.
Cara mengatasi:
  • Semak sambungan kabel PC-pencetak.
  • Cuba semak masalah ‘driver’ pada ‘Device Manager’. Jika ada tanda ‘?’ atau ‘!’, masukkan (install) driver yang betul bagi pencetak.
  • Jika tiada masalah driver, cuba gantikan kabel sambungan PC-pencetak dengan yang lain.
  • Jika masih tidak dikesan, mungkin palam sambungan pada PC atau pada pencetak bermasalah. (Palam pada PC boleh diuji dengan menghubungkannya kepada perkakasan lain. Jika palam PC elok, PC boleh mengesan perkakas tersebut).
  • Bagi pencetak sambungan LAN (rangkaian), semak alamat IP pencetak. Pastikan alamat IP ada dan dalam kumpulan sama (betul).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan